Saturday, February 6, 2010

Mesyuarat Agong 2010

Sebahagian daripada barisan AJK 2010 - 1012

Masjid An-Naim Lutong, Sabtu 6 Februari 10 : Mesyuarat Agong serta pembentukan AJK 2010 - 2012 telah selamat diadakan . Tidak banyak perubahan didalam barisan pengurusan dan AJK PERYATIM Lutong . Mesyuarat sebulat suara inginkan AJK yang lama dilantik semula hanya dengan sedikit perubahan dimana jawatan Penolong Bendahari dipilih daripada 3 orang calon . Akhirnya pemilihan berpihak kepada Haji Mohamad @Idrus . Mesyuarat juga mencadangkan supaya diadakan JK Kecil bagi merancang aktiviti luar untuk anak-anak (ahli) seperti lawatan sambil belajar , program motivasi dll . JK Kecil penyediaan pakaian bantuan Hari raya juga mungkin akan dibincangkan di Mesyuarat AJK yang akan datang.

Bantuan Persekolahan / Pelajaran Penggal Pertama 2010

Masjid An-Naim Lutong , Ahad 17 Januari 10 :Aktiviti pertama yang diadakan pada Tahun 2010 adalah Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan/Pelajaran Penggal Pertama. Seramai 59 pelajar menerima sumbangan masing-masing terdiri daripada murid-murid Tadika hinggalah kepada pelajar Madrasah/Institut/Kolej/Universiti . Sejumlah RM9,260.00 telah pun diserahkan .



Sebahagian daripada hadirin di Majlis Penyampaian tersebut


Anak perempuan menerima sumbangan yang disampaikan oleh Penghulu Hj Ahmad bin Hj Raman


Ini giliran seorang anak lelaki pula menerima sumbangan


4 orang penerima anugerah Cemerlang UPSR 2009 (dibarisan hadapan)


Anak-anak dah mula beratur bagi mendapatkan lauk pauk untuk menikmati jamuan


AJK dan jemputan turut beratur sama

Aktiviti Akhir Tahun 2009

Lutong , Miri :Tiga aktiviti hingga akhir Tahun 2009 yang belum disiarkan adalah seperti berikut :

1. Majlis Jamuan Hari Raya serta Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim oleh Masjid Taman Tunku Miri
2. Majlis Tahlil dan Do'a Selamat yang diadakan pada Hari Raya Qurban dirumah Cikgu Saperi di Permyjaya Miri . Beliau adalah seorang guru yang mengajar diSK Agama , Miri
3. Agihan Daging Qurban kepada Ibu Tunggal di Masjid An-Naim Lutong pada hari kedua Hari Raya Qurban 1430H ia itu pada 12 Nov 2009

Anak-anak bergambar diruang Masjid Taman Tunku , Miri


Anak-anak menerima Duit Raya yang disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Miri, Tuan Mohd Chee Kadir


Hadirin mula menghampiri hidangan untuk memuatkan makanan pilihan masing-masing

Friday, January 15, 2010

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah .....kita telah pun melangkah ke Tahun 1431H selama sebulan . Begitu juga Tahun Masehi dah berlalu dua minggu . Ini bermakna persekolahan penggal pertama 2010 juga telah berjalan selama dua minggu .

Bagi AJK PERYATIM yang dilantik melalui pemilihan akhir 2007 dulu pun sampai kepenghujung . Walabagaimanapun , Mesyuarat Agong serta pemilihan AJK baru bagi 2010 - 2012 ditangguh buat sementara waktu sehingga selesainya penyampaian bantuan persekolahan setengah tahun pertama 2010. Secara ringkasnya aktiviti yang akan datang adalah seperti berikut :-

Ahad 17 Januari 2010 bersamaan 1 Safar 1431H : Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Setengah Tahun Pertama 2010

Sabtu 6 Februari 2010 : Mesyuarat Agong / Pemilihan AJK Baru 2010 - 2012

Hingga bertemu lagi , salam takzim daripada AJK

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Sri Tanjung , Miri - Khamis 10 September 2009 (20 Ramadhan 1430H) : Seramai 39 orang anak-anak yatim kita bersama 7 orang ibu dan diiringi oleh 3 orang AJK telah hadir di Majlis Berbuka Puasa bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan tetamu-tetamu kehormat bertempat diRumah Rehat Kerajaan Sri Tanjung, Tanjung Lobang Miri. Setelah solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa anak-anak yatim menerima sumbangan daripada MAKSAK Bahagian Miri .

PERYATIM Lutong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAKSAK Bahagian Miri kerana sudi menjemput kami menghadiri Majlis yang sangat bermakna ini.


Gambar 1 hingga 3 dibawah : Anak-anak yatim kita begitu riang menunggu Majlis bermula







Gambar 4 hingg 5 dibawah : Puteri PERYATIM menerima sumbangan daripada YBhg Datin Saptuyah Suid (isteri YB SUK)





Gambar 6 hingga 7 : Putera PERYATIM menerima sumbangan daripada YB Datuk Mohamad Morshidi , SUK



Sr

Friday, September 11, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya serta Berbuka Puasa


Masjid An-Naim Lutong , Ahad 6hb September 09 :Majlis Penyampaian telah berlangsung dengan jayanya oleh Temenggong YBhg Tn Hj Abdul Rahman bin Fadzail kepada 81 orang ahli PERYATIM . Bantuan kali ini berupa sepasang baju Melayu untuk kanak-kanak lelaki dan sepasang baju kurung serta tudung untuk kanak-kanak perempuan . Setiap ahli juga menerima duit raya diantara RM200 dan RM220 seorang . Jumlah bantuan yang dihulurkan sebanyak RM21,400.00 terdiri daripada RM4,000.00 untuk pakaian dan RM17,400.00 berupa duit raya . Kos keseluruhan Majlis termasuk jamuan berbuka puasa dan lain-lain adalah sebanyak RM27,000.00 . Turut hadir di Majlis tersebut adalah Pemanca Abg Hj Mohamed bin Dato Sri Abg Hj Othman, Penghulu Hj Ahmad bin Raman dan KK Hj Majenis .80% daripada ahli hadir dan selebihnya diwakili oleh ibu atau waris terdekat .
AJK PERYATIM Lutong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang kerana tanpa sokong semua pihak Persatuan tidak mungkin dapat melaksanakan tanggung jawab ini dengan baik . ALHAMDULILLAH dan SYUKRAN .

Salah seorang ahli menerima sumbangan daripada YBhg Temenggong

Sunday, August 23, 2009

Mengumpul Dana Untuk Jamuan Berbuka Puasa


Masjid An-Naim Lutong , 24 Julai - 4 September 09 : Setiap tahun menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak AJK PERYATIM Lutong berusaha mengumpul dana untuk jamuan berbuka puasa sempena Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya . Pada tahun ini Majlis dirancang berlangsung pada Hari Ahad 6 September 09 diDewan Kuliyyah Masjid An-Naim . Persediaan sedang giat dijalankan dan Mesyuarat akhir persiapan akan diadakan pada Hari Sabtu 29 Ogos ini . AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyahut seruan menghulur derma oleh PERYATIM Lutong .