Saturday, May 23, 2009

Tabung PERYATIM Lutong , dimanakan ku carinya ........

Alhamdulillah .... banyak soalan yang diajukan dan penjelasan yang ditagih oleh ramai pihak kepada AJK PERYATIM dalam masa lebih setahun ini . Diantaranya adalah tentang tabung PERYATIM terutama dimana letaknya Tabung PERYATIM Lutong dan adakah tabung-tabung yang terdapat dikaunter bank, pejabat takaful dan pasaraya disekitar bandar raya Miri ini juga kepunyaan PERYATIM Lutong ?

Sebelum saya cuba memberi sedikit penjelasan , saya rasa adalah bermanfaat juga untuk kita menjenguk semula peringatan berupa firman Allah swt , mafhumnya
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan (mendermakan) sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu nafkah (dermakan), maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" Ali'Imran , ayat 92

Petikan sebahagian sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Tirmidzi bermaksud lebih kurang "Orang dermawan itu dekat kepada Allah , dekat kepada para manusia dan dekat pula kepada syurga ........."

Baiklah , buat kali ini saya cuba jelaskan keadaan sebenarnya tentang tabung ..... setakat in PERYATIM Lutong hanya meletakkan tiga buah tabung seperti tertera dibawah . Selainnya bukanlah kepunyaan PERYATIM Lutong


Tabung utama adalah 'TABUNG HIJAU' ini yang diletakkan dipintu masuk hadapan Masjid An-Naim Lutong . Orang ramai yang datang berjemaah keMasjid ini bolehlah manfaatkan tabung ini .



Tabung Kedua ialah yang terdapat dikaunter Restaurant Taj Lutong. Sekurang-kurangnya duit syiling atau 'change' selepas makan roti canai atau mee goreng mamak tu tak payahlah bawa balik kerumah .....simpan saja disini untuk saham dikemudian hari .



Dan Ketiga "TABUNG BOTOL" yang saya letakkan diatas meja saya diPejabat Lot 616 , MCOT khas untuk PCSB Rejuv Team dan pekerja-pekerja Rekayasa Malaysia Sdn Bhd . Rupiah juga kami terima ..... tak jadi masalah.



Selain daripada itu derma juga boleh diserah terus kepada mana-mana AJK PERYATIM Lutong terutamanya Bendahari. Orang ramai boleh juga mengkredit terus keakaun PERYATIM Lutong diBank Muamalat atau Bank Islam (sila rujuk posting pada 19 Mei bertajuk AJK PERYATIM Lutong untuk nombor akaun). Resit juga dikeluarkan oleh Bendahari asalkan penderma memberi tahu butiran lengkap dan setelah kesahihan transaksi tersebut ditentukan betul.

Bagi pihak AJK serta anak-anak yatim / ahli PERYATIM Lutong , saya bersyukur kehadrat Allah swt dan berterima kasih banyak-banyak kepada ANDA semua yang masih sayang dan terus menghulur bantuan bagi menyempurnakan tanggungjawab bersama keatas ahli-ahli dari kalangan anak-anak yatim dikawasan Persatuan PERYATIM Lutong (lingkungan kawasan sila rujuk posting bertarikh 18 Mei 09).

Tolong kami , bantu kami
Tabung pun belum penuh berisi
Agar sempurna pelajaran anak-anak ini
Semoga sama-sama mendapat keredhaan Illahi

Tuesday, May 19, 2009

Persedian Bantuan Pakaian Hari Raya

AJK berkunjung ke

Setiap seorang Muslim yang memberi pakaian kepada Muslim yang lain kerana Allah , nescaya ia berada dalam jaminan Allah dan pemeliharaanNya semasa hidup mahupun setelah mati . Hadith saw

Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara dosa dan permusuhan . Al-Maidah , 2

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memaklumkan , 'Jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah) masa sesungguhnya azabKu sangat pedih ' Ibrahim , 7

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu . Adz-Dzariyat , 56

Apabila matinya anak Adam maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara . Anak yang soleh yang mendo'akan untuknya , sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat yang diajarkan

Bantuan Kepada Anak-Anak Yatim


Gambar kenangan bersama En Abdul Aziz b Mohd Yusuf , Pegawai Daerah Miri (sekarang Pemangku Residen Miri)

Jenis bantuan yang diberikan kepada anak-anak yatim pada masa kini :

1. Bantuan Persekolahan bagi murid-murid Tadika hingga Tingkatan 6 dan IPT. Bantuan disalurkan dua kali setahun , ia itu pada bulan Januari dan Jun/Julai
2. Bantuan pakaian Hari Raya serta wang saku
3. Majlis berbuka puasa
4. Hadiah Cemerlang – pencapaian A dalam mana-mana mata pelajaran bagi peperiksaan UPSR , PMR dan SPM
5. Insentif bagi kemasukan ke IPT
6. Deposit permulaan untuk Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional
7. Program lain yang dijalankan dari masa kesemasa termasuk program kemasyarakatan, program motivasi dan lain-lain

Jumlah dana yang diperlukan lebih kurang RM50,000.00 setahun. Oleh kerana Persatuan tidak mempunyai apa-apa asset , perolehan dana bergantung sepenuhnya kepada sumbangan syarikat-syarikat tempatan , pertubuhan serta orang perseorangan yang perihatin lagi bermurah hati . AJK sentiasa berharap agar anda juga turut membantu .

AJK PERYATIM Lutong

Barisan AJK 2007 - 2009 adalah seperti dibawah :

Pengerusi : Hj Drahman bin Jiee (013-8391098)
Tim Pengerusi : Suhaini Pauzi (013-8299688)
Setiausaha : Sharkawi Hj Masri (013-8338521)
Tim Setiausaha : Hj Hamid Majenin (019-8141610)
Bendahari : Mohamad bin Jinal (019-8150518)
Tim Bendahari : Mahlan Hj Salman (085-657368)
Juru Audit : Mohd Rafie Hj Sanusi (019-2246807)

serta lebih 20 orang ahli AJK yang lain termasuk 2 orang wakil puteri dan 2 orang wakil putera dikalangan ahli/anak-anak yatim.

e-mail kami : peryatim_lutong@ymail.com

Nama Akaun : PERYATIM Lutong
Nombor Akaun (seperti dibawah):
a. Bank Islam Malaysia Berhad 1102-20-10031857
b. Bank Muamalat 1102-0000134-71-9

Bantuan kewangan boleh dimasukkan terus keakaun diatas atau berjumpa dengan Bendahari.

Nota : Pemilihan AJK baru 2010 - 2012 akan diadakan semasa Mesyuarat Agung yang dujadualkan berlansung pada Hari Sabtu 19 Disember 2009 nanti . Sila tampil kehadapan dan menjadi calon dalam pemilihan barisan pengurusan Persatuan nanti .

Wassalam

Monday, May 18, 2009

PERYATIM Lutong

Pengenalan

PERYATIM Lutong adalah singkatan untuk Persatuan Anak-Anak Yatim Islam Lutong . Persatuan ini telah ditubuhkan dalam tahun tujuh puluhan lagi . Ia berfungsi sebagai suatu persatuan yang dianggotai oleh ahli-ahli jawatan kuasa secara sukarela dan pada mulanya bagi membantu serta memperjuangkan nasib anak-anak yatim disekitar kawasan Lutong / Kampong Pangkalan . Pada masa ini Persatuan ini mempunyai ahli yang berdaftar daripada kawasan Lutong , Pujut , Piasau Utara , Kampung Pulau Melayu, Senadin , Kuala Baram dan Permyjaya . Jumlah terkini anak-anak yatim yang menjadi ahli adalah 72 orang terdiri daripada 31 puteri dan 41 orang putera . Daripada jumlah itu 54 orang adalah pelajar-pelajar dari peringkat Tadika hingga keIPT . Selainnya belum bersekolah lagi .

Pengerusi 18 Mei 09