Sunday, June 28, 2009

Kelas Tuisyen Bermula .....

Masjid An-Naim Lutong , Ahad 28hb Jun 09 : Seramai 5 orang puteri ahli PERYATIM Lutong hadir dihari pertama Kelas Tuisyen diaktifkan . Dalam perbincangan mereka dengan Tutor Cik Suhaila Mansor seorang Jurutera Elektrik Petronas Carigali , matapelajaran Matematik Tambahan untuk Tingkatan 4 dan Matematik Tingkatan 1-3 akan dimulakan . Keperluan lain termasuk matapelajaran Fizik dan Kimia akan menyusul setelah persediaan dibuat . Anak-anak ini juga menyatakan perlu bimbingan Geografi dan History - selain daripada banyak membaca , mungkin teknik mengingat faktor yang perlu ditekankan berbanding kefahaman .
Kelas Tuisyen ini diadakan secara sukarela sekali seminggu setiap Hari Ahad jam 09:00pagi hingga 12:00 t/hari bertempat di Masjid An-Naim Lutong . Adalah diharapkan ramai lagi ahli PERYATIM Lutong akan hadir diminggu-minggu yang akan datang. Penyesuaian akan dibuat mengikut keadaan dan keperluan termasuk mencari Tutor tambahan

Bergambar bersama Cik Suhaila Mansor (berdiri dibelakang) sebelum perbincangan lanjut dimulakan. Eh... mana pergi ahli-ahli putera PERYATIM Lutong , tak nampak pun ?

Baju Raya ..... dah sedia

Kuala Belait , Ahad 28hb Jun 09 : Rombongan dua orang AJK serta keluarga ke Perusahaan Anirus Kuala Belait disambut dengan susunan beg plastik hijau berisi pakaian anak-anak yatim yang telah siap . Lega rasanya , belum pun masuk Ramadhan , baju raya dah siap semua. Biasanya kalau kita hantar untuk buat baju sepasang pun kena tunggu sebulan , ini hantar lebih 80 pasang , ingatkan kena tunggu dua bulan . Seminggu dah siap ??? ....Subhanallah .

1. Posing di depan Perusahaan Anirus . Nak hantar untuk tailoring boleh , nak gunting rambut pun boleh


2. Sebahagian longgokan pakaian yang menunggu untuk diambil. Wow ..... raya tahun ni pakai baju buatan luar negara rupanya , pasti segak anak-anak ni nanti terutama anak-anak lelaki yang akan pakai Baju Melayu cekak musang .



3. Kira betul-betuk Bang ...... Ingatkan tauke rakyat Brunei rupa-rupanya dari Bollywood juga.....



4. Apa tunggu lagi , bayarlah ! Sdra Aedi mengucapkan akad bayaran disaksi oleh Setiausaha PERYATIM Lutong. Sekali akad saja dah sah ....

Tuesday, June 16, 2009

Bantuan Masih Dalam Perancangan.....

Persatuan masih lagi dalam mencari kaedah yang sesuai untuk beberapa jenis bantuan agar dapat menjalankannya dengan effective . Program tersebut termasuk :

- Tuisyen pelajaran sekolah
- Pengenalan penggunaan IT


Selain daripada itu bantuan juga difirkan perlu untuk ahli dalam beberapa perkara seperti berikut :

- Bantuan Khatamal Al-Quran
- Hadiah cemerlang aktiviti peringkat sekolah keatas dan aktiviti kemasyarakatan
- Bantuan aktiviti berkumpulan yang diselenggarakan sendiri oleh anak-anak yatim
- Lawatan sambil belajar
- Mengikuti kursus atau program motivasi pelajar
- Menabung di Tabung Haji

Kepada semua pembaca , diharap dapat memberi sumbangan samada dari segi cadangan atau buah fikiran , tenaga atau sumbangan yang perlu bagi memulakan perkara diatas . Anda boleh memberi komen terus diblog ini atau pun menghantar e-mail ke alamat peryatim_lutong@ymail.com . Sumbangan anda sangat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih .

Thursday, June 11, 2009

Pelajar Contoh PERYATIM 2008

Nama Pelajar : Norsafina binti Omar


PERYATIM Lutong sangat berbangga diatas pencapaian akademik cemerlang oleh seorang ahli iaitu Norsafina . Beliau mendapat "straight A's" iaitu 8A dalam PMR 2008 . Berusia 16 tahun , Norsafina merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau menetap di Kampong Pangkalan Lutong bersama ibu dan adik-adiknya . Sekarang ini masih belajar di Tingkatan 4 SMK Lutong . Beliau seorang pelajar yang tekun dan mematuhi jadual belajar . Ketika ditanya kunci utama mendorong pencapaian kecemerlangan ini yang jarang dicapai oleh seorang anak yatim yang sebaya , Norsafina menggariskan beberapa faktor seperti berikut :
- sentiasa menumpukan sepenuh perhatian semasa didalam kelas
- bertanya dan berbincang sekiranya kurang faham
- sentiasa mengulangkaji pelajaran ketika dirumah
- membuat nota ringkas supaya lebih mudah difahami serta diingati
- mematuhi jadual yang dibuat untuk belajar
- sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu dan saudara disamping hubungan baik juga dengan guru dan rakan
- banyakkan berdo'a dan menjaga kewajipan terhadap suruhan dan menjauhi larangan Allah

Norsafina juga bergiat cergas dalam aktiviti sekolah . Beliau memegang jawatan Naib Pengerusi Kelab Fotografi , bergiat aktif dalam Persatuan Puteri Islam dan juga seorang pemain Bola Jaring yang berbakat .

Menyentuh tentang cita-cita , beliau ingin menjadi seorang Pensyarah.

PERYATIM Lutong mengucapkan syabas ! Semoga sentiasa dilindungi oleh Allah swt dan berjaya didalam mencapai cita-cita murni ini.

Semoga pencapaian beliau menjadi contoh bagi mendorong rakan-rakan ahli yang lain agar berusaha mencapai kecemerlangan setiap masa.

Wednesday, June 10, 2009

Jamuan Makan Tengahari di Hani Cafe'

Hani Cafe' - Sabtu 6hb Jun 09 : Acara kemuncak pada Majlis Penyampaian Bantuan hari itu , tak lain dan tak bukan adalah Jamuan Makan Tengahari . Lebih mengembirakan lagi , jamuan ini ditaja sepenuhnya oleh sebuah keluarga , cuba teka siapa ? AJK serta semua yang hadir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penaja . AJK juga berterima kasih kepada Timbalan Pengerusi yang berusaha menyusun atur keperluan jamuan bersama penaja dan Hani Cafe'. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK diatas segala usaha bagi menjayakan Majlis hari itu disamping persediaan awal bagi menyusun atur perkara berkaitan Bantuan Hari Raya . Inilah seronoknya kerja berpasukan , semoga kita semua mendapat rahmat dariNya . Kepada semua ahli baru , diucapkan Selamat Datang , semoga sentiasa dapat bersama menjayakan aktiviti Persatuan . Untuk kenangan semua , saya susun sedikit 'cerita' dibawah . Beribu ampun dan ma'af sekiranya ada yang menyinggung persaan kerana bahasa 'berseloroh' yang saya gunakan .

1. Boss Hani Cafe' mungkin bagi arahan "duduk saja kat situ....apa salahnya ?"



2. Jemputan yakni ibu & waris nampak seronok pula duduk kat luar



3. Anak-anak diberi penghormatan untuk duduk didalam Restoran .... sekali sekala ada untungnya masih kanak-kanak lagi .... dapat priority



4. Timbalan Pengerusi merangkap Pegawai Perhubungan untuk Tajaan Jamuan serta Catering .... mungkin sedang fikir nak bagi isyarat untuk mulakan jamuan . Apa tunggu lagi ?



5. Anak-anak beratur ....baru dapat nasi kosong . Pergerakan perlahan disebabkan traffic jam - Hani Cafe' tak dapat buat lorong laju berasingan . Orang tua kata "biar lambat asalkan selamat" , tapi jangan sampai tak sempat !



6. Sementara anak-anak mula menikmati makanan , seorang AJK sempat semak kembali dokumen yang dibawa , ada yang kurang ?



7. Setiausaha dan Timbalannya buat 'usaha' bantu hidang minuman .... memang ada gaya nampak !



8. Meja keluarga Penaja Jamuan .... mereka nampak begitu tenang dan sabar menunggu . Terima kasih daun keladi , dimurahkan rezeki bagilah sponsor lagi . TERIMA KASIH



9. Anak-anak menjamu selera .... umai ada , ikan masak asam pedas pun ada. Ayam grill serta daging masak hitam juga ada . Sayur keladi , tempei goreng , sambal asam , kueh muih serta buah-buahan memang mengusik selera . Eh....eh....banyaknyaaaaa



10. Lauk apa pula ni? Nak tanya member sebelah , dia pun tak tau .....



11. Begitulah mesranya AJK kita ....sambil makan sambil bercerita hingga lupa nak makan lauk yang dibawa



12. Jurugambar kita ni memang rajin , orang naik bas pun dia tangkap gambar . Memang seronok guna camera baru ....



13. Balik ke Masjid An-Naim Lutong menaiki bas .....perut kenyang hati girang , rasa mengantuk fikiran melayang . Ehh.... jangan dulu , dah masuk Zohor , time untuk sembahyang

Bantuan Persekolahan ... Pertengahan Kedua 2009 ....semuanya .... RM10,020.00

Hani Cafe' Miri - Sabtu 6hb Jun 09 : Selain daripada cuti umum sempena Hari Keputeraan S.P.B Yang Di-Pertuan Agong Malaysia , PERYATIM Lutong juga melangsungkan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pertengahan Kedua 2009 kepada 60 orang pelajar merangkumi peringkat Tadika hinggalah ke IPT . Disamping itu 22 orang ahli baru juga menerima sumbangan kemasukan ahli serta seorang pelajar SPM 2008 menerima hadiah cemerlang diatas pencapaian "A" dalam mata pelajaran diperingkat SPM.

Pelajar Tadika terdiri daripada 3 orang , Sekolah Rendah 25 orang , Menengah Bawah 9 orang , Menengah Atas 15 orang dan IPT 8 orang .

JUMLAH SUMBANGAN BANTUAN = RM10,020.00

Ikutilah cerita bergambar seperti yang tertera dibawah :-

1 & 1a . Seperti lazimnya , Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli yang hadir oleh Sekretariat di Masjid An-Naim Lutong pada jam 08:00 pagi sebelum mereka dibawa ke Hani Cafe Miri dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas


2& 2a . Pendaftaran bukan senang , nak cari nama pun pening juga


3.Pendaftaran dibantu oleh AJK Wanita dengan penuh dedikasi



4. Dah duduk di Hani Cafe .......tunggu majlis bermula


5. Untuk mendapat keberkatan Allah swt , Majlis dimulakan dengan Bacaan Do'a yang disempurnakan oleh Timbalan Bendahari . Baguslah tu... , sambil berdo'a semoga direstui Allah , do'akan juga supaya ramai lagi untuk tampil menyumbang kepada dana Persatuan




6. Inspection oleh Bendahari bagi mempastikan anak-anak ada tempat duduk



7. Tekun mendengar ucapan Pengerusi .....ada pakej ransangan ke ?



8. AJK duduk bersama Boss Hani Cafe (berkemeja T putih) .... nak apply kad discount kut !




9. AJK Wanita pun nampak bersemangat menunggu ....mereka tahu lepas ni ada jamuan !




10. Penyampian Bantuan oleh Pengerusi kepada Pelajar Tadika hingga Darjah 6




11. Penyampaian Bantuan oleh Penghulu Hj Ahmad kepada Pelajar Menengah hingga IPT





12. Agaknya .... anak-anak ni bagi isyarat dapat RM200 ke ? Ingat....ini bantuan persekolahan jangan ingat nak ke KFC aje !

Tuesday, June 9, 2009

Ahli Terkini ...........6hb Jun 2009

Penyampaian saguhati kemasukan ahli baru oleh Penghulu Hj Ahmad kepada salah seorang ibu yang hadir

Hani Cafe' Miri - Sabtu 6hb Jun 09 : Satu usaha mengemaskini senarai ahli oleh Setiausaha bersama Sekretariat PERYATIM Lutong telah dijalankan minggu lepas dan berakhir pada Hari Sabtu 6hb Jun 09. Jumlah terkini anak-anak dibawah Persatuan adalah :
- Putera 44 orang
- Puteri 37 orang
- Jumlah 81 orang

Daripada 81 orang , 22 orang adalah ahli baru yang diterima masuk pada bulan April - Mei 09 . Mereka terdiri daripada 8 buah keluarga .

Mesyuarat AJK PERYATIM pada Mei 09 bersetuju setiap ahli baru yang diterima diberi saguhati permulaan RM50 setiap seorang . Penyampaian saguhati pertama kalinya disampaikan pada 6hb Jun 09 yang lalu (sila lihar gambar diatas)<em>