Saturday, May 23, 2009

Tabung PERYATIM Lutong , dimanakan ku carinya ........

Alhamdulillah .... banyak soalan yang diajukan dan penjelasan yang ditagih oleh ramai pihak kepada AJK PERYATIM dalam masa lebih setahun ini . Diantaranya adalah tentang tabung PERYATIM terutama dimana letaknya Tabung PERYATIM Lutong dan adakah tabung-tabung yang terdapat dikaunter bank, pejabat takaful dan pasaraya disekitar bandar raya Miri ini juga kepunyaan PERYATIM Lutong ?

Sebelum saya cuba memberi sedikit penjelasan , saya rasa adalah bermanfaat juga untuk kita menjenguk semula peringatan berupa firman Allah swt , mafhumnya
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan (mendermakan) sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu nafkah (dermakan), maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" Ali'Imran , ayat 92

Petikan sebahagian sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Tirmidzi bermaksud lebih kurang "Orang dermawan itu dekat kepada Allah , dekat kepada para manusia dan dekat pula kepada syurga ........."

Baiklah , buat kali ini saya cuba jelaskan keadaan sebenarnya tentang tabung ..... setakat in PERYATIM Lutong hanya meletakkan tiga buah tabung seperti tertera dibawah . Selainnya bukanlah kepunyaan PERYATIM Lutong


Tabung utama adalah 'TABUNG HIJAU' ini yang diletakkan dipintu masuk hadapan Masjid An-Naim Lutong . Orang ramai yang datang berjemaah keMasjid ini bolehlah manfaatkan tabung ini .



Tabung Kedua ialah yang terdapat dikaunter Restaurant Taj Lutong. Sekurang-kurangnya duit syiling atau 'change' selepas makan roti canai atau mee goreng mamak tu tak payahlah bawa balik kerumah .....simpan saja disini untuk saham dikemudian hari .



Dan Ketiga "TABUNG BOTOL" yang saya letakkan diatas meja saya diPejabat Lot 616 , MCOT khas untuk PCSB Rejuv Team dan pekerja-pekerja Rekayasa Malaysia Sdn Bhd . Rupiah juga kami terima ..... tak jadi masalah.



Selain daripada itu derma juga boleh diserah terus kepada mana-mana AJK PERYATIM Lutong terutamanya Bendahari. Orang ramai boleh juga mengkredit terus keakaun PERYATIM Lutong diBank Muamalat atau Bank Islam (sila rujuk posting pada 19 Mei bertajuk AJK PERYATIM Lutong untuk nombor akaun). Resit juga dikeluarkan oleh Bendahari asalkan penderma memberi tahu butiran lengkap dan setelah kesahihan transaksi tersebut ditentukan betul.

Bagi pihak AJK serta anak-anak yatim / ahli PERYATIM Lutong , saya bersyukur kehadrat Allah swt dan berterima kasih banyak-banyak kepada ANDA semua yang masih sayang dan terus menghulur bantuan bagi menyempurnakan tanggungjawab bersama keatas ahli-ahli dari kalangan anak-anak yatim dikawasan Persatuan PERYATIM Lutong (lingkungan kawasan sila rujuk posting bertarikh 18 Mei 09).

Tolong kami , bantu kami
Tabung pun belum penuh berisi
Agar sempurna pelajaran anak-anak ini
Semoga sama-sama mendapat keredhaan Illahi

No comments:

Post a Comment