Thursday, June 11, 2009

Pelajar Contoh PERYATIM 2008

Nama Pelajar : Norsafina binti Omar


PERYATIM Lutong sangat berbangga diatas pencapaian akademik cemerlang oleh seorang ahli iaitu Norsafina . Beliau mendapat "straight A's" iaitu 8A dalam PMR 2008 . Berusia 16 tahun , Norsafina merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau menetap di Kampong Pangkalan Lutong bersama ibu dan adik-adiknya . Sekarang ini masih belajar di Tingkatan 4 SMK Lutong . Beliau seorang pelajar yang tekun dan mematuhi jadual belajar . Ketika ditanya kunci utama mendorong pencapaian kecemerlangan ini yang jarang dicapai oleh seorang anak yatim yang sebaya , Norsafina menggariskan beberapa faktor seperti berikut :
- sentiasa menumpukan sepenuh perhatian semasa didalam kelas
- bertanya dan berbincang sekiranya kurang faham
- sentiasa mengulangkaji pelajaran ketika dirumah
- membuat nota ringkas supaya lebih mudah difahami serta diingati
- mematuhi jadual yang dibuat untuk belajar
- sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu dan saudara disamping hubungan baik juga dengan guru dan rakan
- banyakkan berdo'a dan menjaga kewajipan terhadap suruhan dan menjauhi larangan Allah

Norsafina juga bergiat cergas dalam aktiviti sekolah . Beliau memegang jawatan Naib Pengerusi Kelab Fotografi , bergiat aktif dalam Persatuan Puteri Islam dan juga seorang pemain Bola Jaring yang berbakat .

Menyentuh tentang cita-cita , beliau ingin menjadi seorang Pensyarah.

PERYATIM Lutong mengucapkan syabas ! Semoga sentiasa dilindungi oleh Allah swt dan berjaya didalam mencapai cita-cita murni ini.

Semoga pencapaian beliau menjadi contoh bagi mendorong rakan-rakan ahli yang lain agar berusaha mencapai kecemerlangan setiap masa.

No comments:

Post a Comment